Bahaya sering memakai Facebook Autolike
Berita
penting untuk pengguna Facebook Auto Like.Oleh kerana ramai kawan²saya
yang menggunakan Facebook Auto Like.Jadi, saya cuba mendapatkan
sedikit info tentang Auto Like di Google dan hasil cariannya adalah
amat mengejutkan saya.
Seperti kita tahu, Untuk menggunakan servis auto like kita memerlukan penggunaan acces token sebenarnya acces token ini lah yang merbahaya kepada facebook kita.
Apa Itu Acces Token???
Acces
Token adalah struktur data yang mengandungi maklumat keselamatan yang
diperlukan oleh sebuah proses untuk mengakses objek (dalam hal ini
akaun Facebook) atau proses lain yang memerlukan kebenaran.
Dari Mana Acces Token Tercipta???
Seperti
yang kita ketahui bersama, Facebook mempunyai ribuan bahkan mungkin
jutaan apps (aplikasi) untuk memanjakan penggunanya. Dari setiap
penggunaan apps tersebutlah Access Token tercipta. Setiap Access Token
akan disimpan pada pelayan hostingan pembuat aplikasi Facebook.
Bagai Mana Acces Token Berfungsi???
Dengan
acces token mereka dapat mengepost status di facebook anda tanpa
memerlukan password anda iaitu dengan hanya melakukan sedikit injection
keatas url seperti ini --->> https://graph.facebook.com/ID/feed?method=POST&link=URL&message=STATUS&access_token=ACCESS-TOKEN-MANGSA amat
mudah bukan? bukan itu sahaja anda juga boleh mengelike,mengomen dan
megepost di group dan page dengan hanya menggunakan injection tertentu
keatas url.
Oleh
Itu, saya mengesyorkan agar anda tidak menggunakan servis auto like di
facebook.Kerana anda mungkin terjerat oleh auto like yang dibuat oleh
hacker yang berniat jahat terhadap anda.

Tidak ada komentar:
Posting Komentar